Wednesday 4 March 2015

Hari pertamaku di UiTM

Assalammualaikum...Nama diberi Noramalina Binti Mohd Saris. Bulan Mei tahun ini genaplah umurku 19 tahun. Aku berasal dari Meru,Klang. Aku anak ke-4 daripada 6 orang adik beradik..Wahhh, ramai betul adik beradik aku..Alhamdulillah..hehe ;)
Aku seorang yang pendiam dan pemalu. Aikkkk pendiam ke aku ni???Entahlah aku pun tak tahu sama ada aku ni pendiam atau tak. Kadang-kadang aku jadi seorang yang pendiam dan kadang-kadang juga aku jadi seorang yang periang dan peramah..Hanya mereka yang betul-betul kenal siapa itu amalina a.k.a ama saja yang boleh tahu perangai aku macam mana..Oppsss terlebih sudah...okay lah sekarang aku nak cerita tentang hari pertama aku dekat uitm. Bagi aku,setiap dari kita punya kisah dan cara tersendiri dalam memulakan sesuatu. Disini aku ingin menceitakan tentang hari pertamaku di uitm.




Sebelum aku menjejaki kaki di uitm segamat...aku pernah merasai pengalaman belajar di UiTM Lendu,Melaka.Aku mengambil pra diploma perdagangan selama 6 bulan. Banyak pengalaman manis dan pahit sewaktu aku belajar di sana. Selepas mendapat keputusan peperiksaan akhir pra diploma..aku ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dalam bidang pengurusan maklumat di UiTM Segamat,Johor. Aku berasa gembira apabila mengetahui bahawa aku akan menyambung pelajaran ke peringkat diploma.

 

Kawan kelas pra diploma

Pada tanggal 30 November 2014,bermulalah kisah aku sebagai seorang pelajar diploma di uitm segamat. Mak dan abah menghantar aku untuk mendaftar diri di uitm segamat. Waktu itu,aku berasa gementar...maklumlah tak biasa lagi dekat tempat orang...Selepas selesai semua pendaftaran. Aku dan keluarga terus menuju ke kolej yang telah ditetapkan iaitu Kolej Mutiara..Mak dan abah membantu aku mengangkat barang-barang keperluan aku yang telah dibawa dari rumah.Lepas siap semuanya...mak,abah dan kakak nak balik ke Meru..hmmmm :'(
Dalam hati aku berkata: mak,abah janganlah balik! Bila nak berpisah dengan mak dan abah, memang rasa lain sangat. Aku tengok wajah mak dan abah kelihatan sangat sedih dan risau bila hendak berpisah dengan anaknya buat seketika...lalu aku pun bersalam dengan mak dan abah. Aku peluk mereka berdua dengan erat(macam tak nak lepaskan pulak). Mak dan abah pesan dekat aku supaya belajar pandai-pandai,jaga diri elok-elok,jangan lupa solat,makan dan jaga kesihatan. Kemudian,mak dan abah pun beredar pulang ke Meru.

Kehidupan aku di uitm memang berbeza dengan kehidupan aku di rumah. Pada mulanya kehidupan aku di uitm memang sukar tapi lama kelamaan aku sudah terbiasa dengan kehidupan di sini. Lepas mak dan abah balik, aku rasa sedih dan merasa seperti kehilangan sesuatu.Okay,aku tak nak layan sangat perasaan sedih aku ni..nanti menangis aku jugak yang malu dengan kawan sebilik..hahaha
Tapi aku dapat rakan sebilik yang....ermm....tak mesra,masing-masing buat hal sendiri bak kata budak-budak zaman sekarang buat muka ketat. Lagilah aku bertambah sedih...dahlah tak ada siapa-siapa dekat segamat ni (Mak,nora nak balikkkkkk!!).

Bagi aku, semua itu tak penting...kawan sebilik nak buat muka ketat ke apa ke...yang penting aku datang dekat segamat ni nak menimba ilmu kerana Allah. Aku tak kesah orang nak jahat dekat aku ke apa. Selagi aku boleh bertahan aku akan bertahan. Aku kena berdiri di atas kaki sendiri demi mencapai kejayaan dan membuat mak dan abah tersenyum dan gembira. Aku harus belajar untuk hidup berdikari. AMA BOLEH BUAT !!

Okay,setakat ini sajalah aku mampu ceritakan tentang hari pertamaku di uitm. Tak ada lah seronok sangat bila korang baca blog aku ni...tapi aku hanya nak berkongsi pengalaman saja. Ada masa dan peluang aku akan update pengalaman aku yang lain :)

                                                                   
                                                                     ~THE END~













2 comments:

  1. [TOP 10 best casinos】ferk merit casino online
    2021 샌즈카지노 · Top 10 best casino sites【2021】ferk merit casino online 【FREET TOP 10 BEST CASINO POCONUS】 【FREET 메리트카지노 TOP 10 BEST RTP ONLINE】 choegocasino 【VIP】

    ReplyDelete
  2. El Dorado Casino - Mapyro
    El 경상남도 출장안마 Dorado Casino, Las Vegas, NV, United States. $0.20 per person, per night (USD). Show map. 제주도 출장샵 Overview. El 아산 출장샵 Dorado Casino Overview. El 부천 출장마사지 Dorado Casino. El Dorado 인천광역 출장마사지

    ReplyDelete